Sunday, February 1, 2009

BLOGGER ADALAH PELACUR?

RAMAI Ahli Parlimen di Malaysia yang tidak senang dengan kewujudan banyak blog yang menghentam kerajaan dan blooger yang semakin ramai telah menggelarkan para blogger sebagai PELACUR POLITIK!

Timbalan Presiden 1, Persatuan Blogger Sabah, Ismail Rosli @ Endra kesal dengan tindakan ramai ahli politik di Malaysia yang mula merasa takut dan bimbang rahsia mereka dibongkar para blogger telah memberi pelbagai gelaran yang tidak baik.

"Saya terkejut kerana seorang ahli parlimen menghantarkan mesej melalui SMS menuduh ahli Persatuan Blogger Sabah sebagai Pelacur Politik," kata Ismail seraya menunjukkan sms berkenaan daripada seorang ahli parlimen.

Ismail juga kesal kerana penyertaannya di dalam Persatuan Blogger Sabah (PBS) telah menyebabkan ramai pemimpin politik Sabah salah faham apabila kes mereka dibongkar satu persatu di dalam beberapa blog oleh ahli PBS.

"Kita bukan mahu menjatuhkan sesiapa dan kita terima jika orang yang dituduh mahu memberi kenyataan dan kita siar. Kami adalah wartawan maya atau siber yang boleh menyampaikan maklumat terus kepada rakyat," ujar Ismail agar para pemimpin yang merasa terancam atau terkinal agar segera membetulkan kesilapan mereka.

4 comments:

  1. Datuk Peninsi walaupun bukan ahli kepada (PBS) tetapi akan memberi sokongan moral dan sokongan atas nama perjuangan. Ahli parlimen yang mengelar bloger pelacur sebenarnya adalah ulat politi yang perlu dan harus disingkir secepat yang mungkin....

    ReplyDelete
  2. "penganugerahan" gelaran itu adalah mekanisme kongkongan minda ala komunis. Kita akan sama-sama menanti sejauhmana, selama mana tindakan seperti ini diterima oleh masyarakat. Selagi nadi masih berdenyut..minda masih ligat berfikir dan pena masih bergerak...tekanan seperti itu hanya berlegar di alam maya.
    Teruskan perjuangan "PBS"

    Nain Presiden II PBS

    ReplyDelete
  3. salam mencelah .... tentunya serangan yang berlaku punyai hikmah tersendiri yang harus direnungi secara posetif....

    Apa yang penting
    setiap penulisan harus dibatasi oleh rasa tanggunjwab yang tinggi ...agar tidak dilebal menjadi hakim sendiri kepada isu yang berlaku ....

    "KATAKANLAH YANG HAK WALAUPUN PAHIT "

    ReplyDelete
  4. You have to understand that there is a little variation among the scenario that exists when taking part in poker at land dependent casinos and in an on the internet poker room. In the latter scenario, gamers are not able to see every other
    asikqq
    dewaqq
    sumoqq
    interqq
    pionpoker
    rajawaliqq
    hobiqq
    paito warna terlengkap
    http://192.254.236.33/interqq78/
    datahk

    ReplyDelete