Sunday, January 25, 2009
GONG XI FA CAI!
BLOG mysabahkini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Tiong Hua yang meraikan tahun lembu. Semoga tahun baru ini akan memberikan kemakmuran dan mengeluarkan negara daripada kekangan kemelesetan ekonomi dunia. Kepada pembaca blog ini, yang kebanyakannya masyarakat Cina, Blog mysabahkini kagum dengan kesungguhan anda menghantar email dan komen yang baik untuk membaiki mutu blog ini sehingga tertubuhnya laman web www.sabahkini.net yang akan dilancarkan pada 1 Februari 2009. Walaupun masalah bahasa menjadi penghalang, namun bukanlah menjadi masalah kepada kita yang berbangsa Malaysia sekalipun daripada pelbagai kaum. Sokongan kaum Cina amat besar dan semoga di masa akan datang, Blog mysabahkini juga akan diterbitkan dalam terjemahan bahasa Cina. Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2009, kami memohon maaf jika masyarakat Cina merasa kecil hati dalam usaha memburu 50,000 pendatang haram dari Cina yang masih bersembunyi di Malaysia setelah pas lawatan mereka tamat. Walaupun berasal dari jurai dan rumpun keturunan yang sama namun tidak bermakna kita boleh bertolak ansur dengan anasir yang mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara kita. Sokongan moral dan material kaum Tiong Hua yang berterusan telah memastikan kesinambungan blog ini dan memantapkan perjuangan kami memerangi pendatang tanpa izin sehingga ke akar umbi. Selamat maju Jaya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment