Sunday, January 18, 2009

JUSTICE DELAY IS JUSTICE DENIED!

BERITA RINGKAS

PERLETAKAN jawatan Peguam Negeri Sabah, Datuk Roderick Fernandez yang mewakili Ketua Menteri Sabah dalam kes perbicaraan Patung Dewi Laut Ma Tzu di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Jumaat (disahkan mahkamah pada hari ini) sekaligus membenarkan kenyataan umum, 'Justice Delay are Justice Denied'.

Setelah tiga tahun komponen patung Dewi Laut Ma Tzu terperap dalam kontena, kini terpaksa menunggu lebih lama lagi sebelum kes berkenaan dapat didengar di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Keengganan Roderick menangguhkan kes perbicaraan berkenaan menyebabkan berlaku pertengkaran dengan Musa Aman sehingga Roderick mengambil keputusan meletakkan jawatannya sebagai Peguam Besar Negeri Sabah dan peguam yang mewakili Musa Aman.

Perletakkan jawatan tersebut memberi tamparan yang hebat kepada kerajaan Negeri Sabah sejak Akta Suruhanjaya Kehakiman diluluskan Parlimen kerana sebelum ini peguam daripada Sabah tidak dapat mewakili anak guam mereka di Kuala Lumpur.

Perlantikan peguam peribadinya, Richard Barnes, bagi mewakilinya menentang saman Chong Kah Kiat menyebabkan kes berkenaan tertunda lagi kerana Richard memerlukan masa yang agak lama untuk mengkaji semula kes berkenaan sebelum bersedia memberikan hujah pembelaan di mahkamah.

Kes berkenaan ditunda kepada 4 Mei 2009 bagi membolehkan Richard membuat pembelaan selepas Peguam Negeri meletakkan jawatan secara rasmi pada 16 Januari 2009.

No comments:

Post a Comment